Punggah

Bukan tak suka
Benci jauh sekali
Cemburu?
Hoh simpang malaikat patplohpat --

Cuma jelik
Hahahahaha --

Test market katanya
Dok juai number kat mana mana
Kalau handsome tak apa
Ni tak --- macam telaga buta

Aduh tak pasai buat tambah dosa

Jodoh

Segan bila --

Kau pandu Swift, tapi aku pandu Savvy
Aku shopping bundle, kau shopping barang-barang ori
Aku sembur Avon, kau sembur Bvlgari
Aku pakai Acer, kau pakai Ipad Mini
Aku guna Nokia, kau guna Samsung S3
Kau baca novel orang putih, aku baca buku indie
Aku dengar Suria, kau dengar Hitz
Aku layan gig, kau layan konsert Katy Perry

Kita berbeza tapi aku masih mencari
Cari dimana persamaan diri --

Tapi yang beza itulah saling melengkapi

Laki-laki Impian

Aku mahu yang seorang itu --
Tampak simple tapi complicated sebenarnya
Pakai selipar jepun
Warna purple

Seluar pendek tapi bukan boxer atau bunga bunga
Dengan baju ketat muat badan
Lengan separas bawah siku
Berlain kaler dengan baju tengahnya
Pakai pula anklet hitam

Aku suka yang jenis macam tu --

Tak apa kalau tak berkenan dengan yang aku minat
Tak apa kalau tak selari dengan cara aku
Asalkan kita sama faham
Boleh bergurau senda
Bertepuk tampar manja
Yang kita sama-sama selesa
Bercanda cara kita --

Kita saja mengerti
Biar orang lain pandang geli
Tak apa, asalkan kita sama dalam hati

Itu jenis laki-laki yang aku suka --

Hati vol. 2

Hati yang dalam badan ni
Hati yang sama --

Hati yang dulu kau kasihi
Kau jaga rapi
Luka sikit pun kau tak bagi --
Tapi lain untuk kali ni

Hati yang sama lagi
Tapi kau sakiti

Suratan Atau Kebetulan?

Pangkal huruf nama mereka sama
Buat aku terfikir sekejap
Betulkah atau memang aku ditemukan dengan mereka yang bernama berhuruf berpangkal dot dot dot
Dua dua orang ni putih
Tak kurang tingginya
Sebab aku ni memang masuk kategori pendek
Kebarangkalian nak jumpa yang tinggi dari aku tu  memang besar
Emm perkara biasa lah tu

Nak dijadikan cerita, banyak betul mutualismnya
Dua dua dari sekolah menengah agama
Dua dua pakai kereta yang sama
Yang sorang birthdaynya sama dengan Mak
Yang sorang birthdaynya sama dengan Aish
Dua dua pakai cermin mata
Dua dua anak guru
Dua dua stylenya sama

Ottoke

Tapi walau banyak mana pun mutualnya
Tetap ada sikit bedanya

Cuma --
Dua dua baik orangnya

Susu

Celik mata, buku
Nak pejam pun masih buku
Dalam tas juga buku
Di atas rak bersusun buku
Dalam kepitan ketiak juga mungkin buku
Semuanya buku
Aku dan rakan rakan masih bergantung dengan buku
Nak belajar kenalah ada buku --

Tak terkira banyaknya buku
Tak pernah kisah tebal atau nipisnya buku
Semuanya masih buku --

Hebatnya nilai sebuah buku
Ada pengisian buat si pembaca buku
Buku buku buku dan buku
Bila pula mahu celik untuk membancuh susu?