Susu

Celik mata, buku
Nak pejam pun masih buku
Dalam tas juga buku
Di atas rak bersusun buku
Dalam kepitan ketiak juga mungkin buku
Semuanya buku
Aku dan rakan rakan masih bergantung dengan buku
Nak belajar kenalah ada buku --

Tak terkira banyaknya buku
Tak pernah kisah tebal atau nipisnya buku
Semuanya masih buku --

Hebatnya nilai sebuah buku
Ada pengisian buat si pembaca buku
Buku buku buku dan buku
Bila pula mahu celik untuk membancuh susu?