Tiga Pagi

Cerita kita takkan pernah habis
Kerana memori itu tidak mudah dikalis
Apalagi ditepis --

Mengganggu akal yang waras
Menagih kasih dan belas
Menuntut dengan penuh ikhlas
Tapi sayang --
Peti suara hati ini kurang jelas

Pedih ini kusimpan seorang
Tersimpan rapat di tempat nan terang
Semoga ia takkan pernah hilang
Dicuri oleh si manusia jalang