Ondeh ondeh

"Saya rasa saya tak layak untuk awak," kata Joe kepada Lin sambil tangannya ligat menguis gigi yang rasanya terselit kelapa selepas makan beberapa biji ondeh ondeh.

"Tapi kenapa?"
"Sebab awak baik sangat"
"Tapi saya sayangkan awak Joe"
"Kalau awak sayangkan saya, kenapa saya mintak awak tak bagi?"

Lin tunduk. Matanya berair. Tudungnya dibetulkan walaupun memang dah tajam dah hujung tudungnya itu.

"Saya takut"
"Nak takut apa? Bukannnya ada orang lain dalam kereta tu. Saya dah tinted kasi gelap semua cermin kereta saya tu. Memang kalau kita buat projek pun orang kat luar takkan tahu"
"Saya takut dengan Allah," kata Lin bingkas bangun meninggalkan Joe bersama ondeh ondehnya.


Zaman sekarang.
Kalau bagi, sayang.
Kalau tak bagi, bye bye sayang.


Macam celaka je perangai. Girls, take note!