Babies Stock

Ye. Menjual bayi itu terkutuk. Jijik. Membeli itu menaikkan demand pasar gelap. Basic economy- the higher the demand, the higher the price.

Soalan.
Kenapa nak bising pasal ini lagi dan lagi?

Kalau betul hendak berhentikan penjualan bayi pada pasangan yang tak mampu punya zuriat, TURUNKAN harga bisnes pembikinan bayi di hospital. MURAHKAN kos perubatan. Semudah itu. Tuan tuan berani?

Kalau aku ada wang, AKU PUN SANGGUP beli bayi. Nak ke hospital untuk buat CUBAAN ivf sahaja mahu makan berpuluh ribu. BELUM TENTU dapat lagi. BELUM TENTU akan jadi.

Janganlah marah ibubapa yang mencari anak-anak yang dijual itu. Sekurang-kurangnya mereka menyelamatkan bayi-bayi itu dari ibubapa yang jahat hati. Sekurang-kurangnya mereka akan jadi ibubapa yang BENAR-BENAR mahu menjadi ibubapa.

Kan?

MANA pasangan yang mampu mendapat zuriat sendiri sanggup membayar berpuluh ribu untuk anak orang?

Sekarang. Kalau aku kata kau perlu turunkan dan murahkan harga perubatan yang tak boleh ditelan akal itu DEMI menghilangkan pasar gelap bayi ini,

Ada berani?

FYNN